CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 29, 2010

Aduyaiii....+___+

Kaunseling???

Satu bidang yang saya tidak minat pada mulanya. Mungkin disebabkan oleh pengalaman saya bersama dengan guru kaunselor disekolah sejak tingkatan 1-6 atas menyebabkan saya membuat persepsi yang agak buruk terhadap guru kaunselor sekolah. Bukan saya sahaja, guru-guru lain pun banyak mempersoalkan kredibiliti kaunselor sekolah saya dihadapan kami semua. Entah mengapa, mungkin disebabkan kaunselor sekolah saya itu menjadi kaunselor kerana lantikan sekolah malah merupakan adik kepada kaunselor sekolah saya menyebabkan dia tidak begitu mengambil berat tentang tugasnya sebagai kaunselor. Hmmm....entahlahh...

Namun, apabila saya mendapat pula kursus ini, saya berasa sedikit terkilan kerana apa yang saya inginkan selama ini ialah untuk menjadi seorang guru yang akan mengajar mata pelajaran kepada murid-murid saya dan bukannya menjadi kaunselor yang akan mendengar semua keluh kesah dan membimbing pelajar sekolah. Tugas itu saya rasakan terlalu berat untuk sy pikul.

Semester pertama di UPSI, saya kenal dengan rakan-rakan dari pelbagai negeri. saya berasa kerdil dimana kebanyakkan daripada mereka memang benar-benar berminat untuk menjadi kaunselor. Mereka semuanya hebat-hebat. Sekali lagi saya berfikir...dapatkah saya teruskan perjuangan ini??

Namun, saya tetap cuba. Sampai tahap ini saya masih mencuba. Berkat kata-kata pensyarah saya, yang mengatakan mungkin ada sebab kenapa saya mendapat program kaunseling disini sedangkan ini bukanlah pilihan pertama saya semasa saya mengisi borang UPU dulu....

( sambung nanti...mengantuk sangat...hehehe)

0 comments: