CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 1, 2010

^^,

Hepi hari ni sebab akhirnya laptop saya siap...hampir sebulan terlantar di kilang..tah apa masalah laptop saya pun saya tidak tahu...kadang2 x ble on...kdang2 pandai off sendiri...hu3...kesian kawan2 saya, selama ni saya tepaksa guna laptop diorang...tq so much my pwen...^^,

Hurmmm...saya nak sambung cerita saya hari tu, pasal saya tidak minat kaunseling tu...hee...

hmm...saya mula meminati kursus yang kaunseling ini semasa mengikuti kursus TOT 2 yang dilaksanakan oleh salah seorang pensyarah saya iaitu En. Aziz smasa saya semester 4. TOT yang pertama saya ikut semasa semester 3 menyebabkan saya lebih berasa gerun dengan tugas seorang kaunselor dimana apabila en.Aziz menceritakan pengalamannya terpaksa berhadapan dengan pelajar-pelajar nakal menyebabkan saya berasa takut. Biasanya orang akan bersemangat apabila mendengar pengalaman-pengalaman yang hebat seperti beliau tetapi saya tidak. Saya berasa takut...sangat2 takut...namun saya tetap belajar..tapi hanya untuk lulus periksa sahaja...huhuhu

tapi selepas TOT yang ke 2, dimana saya berasa lebih seronok dan timbul pula kemahuan saya untuk menjadi kaunselor. Mungkin juga disebabkan oleh aktiviti subconcious yang en.aziz lakukan kepada kami telah membuka mata hati saya yang selama ini saya tutup. Betapa hebatnya seorang kaunselor, membela nasib-nasib pelajar yang tersisih oleh guru-guru lain... Terdetik dihati saya...bersyukurnya saya mendapat kursus ini...

Semasa sem lepas, saya berjumpa dengan instruktor makmal yang selesa dipanggil Mak Cu. Semua pelajar kaunseling yang mengambil subjek kaunseling individu 2 harus menghadiri makmal ini. Saya berasa sangat tertarik dengan Mak Cu, beliau seorang kaunselor cemerlang disekolah. Cara dia melayan kami membuatkan saya sangat2 ingin menjadi sepertinya...hmm...

Dua minggu berturut2 saya menjadi urus setia kursus Bina Insan Guru dibawah seliaan en. Aziz, saya berasa sangat kagum dengan beliau bagaimana beliau dapat mengawal pelajar2 DPLI seramai 400 lebih dengan seorang diri. Bukan mudah untuk saya menjadi seperti itu. Namun melihat wajah2 peserta yang tersenyum kegirangan mendengar celoteh En. Aziz membuatkan saya ingin menjadi seperti beliau. Mungkin suatu yang agak mustahil..Namun demi masa saya akan terus mencuba. Itu janji saya....( bersemangat ni )...hehe @(^__^)@

0 comments: