CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 1, 2010

TEKANAN PEMBUNUH SENYAP



Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.

Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulanbulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.

Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.

Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.

Kajian

Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia. Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah be~ kaitan keluarga atau peribadi, mening gal kesan paling tinggi dalam hidup manusia.

Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, ke sannya paling rendah.

Bagaimanapun, penyelidikan mereka ini tidak menunjukkan keadaan sa ma di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, agi ma, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah.

Satu cabang perubatan, psycho-neur immunology (PNI) pula menunjukkan tegangan dijadikan faktor asas, menu runkan daya ketahanan badan (faktor kedua) membuat badan lemah dan mu dah dijangkiti penyakit termasuk kan" ser (kesan terakhir).

Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Ka nada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini. i

Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan, 80 - 90 peratus kes be ulang. Tetapi apabila mereka men ubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang menghadapi tegangan, mengamal diet sihat, meditasi kesan pulihnya lebih baik dan kekal.

Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan ge bira, marah atau tegangan dapat diki wal, H pylori (sejenis bakteria) tid menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric tula (perut ditebuk dan dilihat dalar4 nya), apabila marah atau menghada tekanan, dinding perut berkilat, me seolah-olah terbakar dan asid hidrokld rik, komponen jus gastrik mencu keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keada tertekan. Ia mengganggu perut.

0 comments: